Mula berkhidmat di MRSM Gemencheh pada tahun 2008 dan memegang jawatan sebagai Penasihat Sukan Catur. Pernah menjadi Johan Pertandingan Catur Terbuka Peringkat Universiti. Blog ini dibina khas untuk pelajar-pelajar yang berminat dan ingin mengenali Sukan Catur dengan lebih dekat lagi. Blog ini juga bertujuan untuk mengajar teknik-teknik ataupun apa-apa maklumat berkenaan catur yang boleh dikongsi bersama. Diharap dengan adanya blog ini, ianya dapat membantu pembangunan dan perkembangan Sukan Catur di peringkat MRSM Gemencheh khasnya dan lain-lain Sekolah.