Marquee Tag - http://www.marqueetextlive.com

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia
Mula berkhidmat di MRSM Gemencheh pada tahun 2008 dan memegang jawatan sebagai Penasihat Sukan Catur. Pernah menjadi Johan Pertandingan Catur Terbuka Peringkat Universiti. Blog ini dibina khas untuk pelajar-pelajar yang berminat dan ingin mengenali Sukan Catur dengan lebih dekat lagi. Blog ini juga bertujuan untuk mengajar teknik-teknik ataupun apa-apa maklumat berkenaan catur yang boleh dikongsi bersama. Diharap dengan adanya blog ini, ianya dapat membantu pembangunan dan perkembangan Sukan Catur di peringkat MRSM Gemencheh khasnya dan lain-lain Sekolah.

Monday, June 14, 2010



Gambar ini merupakan salah satu pertandingan catur yang telah diwakili oleh pelajar MRSM Gemecheh Negeri Sembilan pada tahun 2009. Kejohanan Catur Peringkat Negeri ini telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 27hb Februari sehingga 1 Mac 2009 yang bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Jempul Negeri sembilan.




Seramai 4 orang wakil pelajar MRSM Gemencheh daripada 16 orang yang bertanding telah terpilih mewakili Daerah Tampin. Pertandingan di peringkat negeri ini telah membawa seribu makna kepada warga MRSM Gemencheh khasnya kerana telah terpilih ke peringkat negeri. Pencapaian ini dilihat dari aspek individu dan berkumpulan.

Pelajar MRSM Gemencheh sekali lagi mengharumkan nama Maktab kerana seramai 2 orang pelajar MRSM berjaya ke peringkat kebangsaan yang telah diadakan pada cuti seklah pertengahan tahun bertempat di Negeri Selangor.