Marquee Tag - http://www.marqueetextlive.com

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia
Mula berkhidmat di MRSM Gemencheh pada tahun 2008 dan memegang jawatan sebagai Penasihat Sukan Catur. Pernah menjadi Johan Pertandingan Catur Terbuka Peringkat Universiti. Blog ini dibina khas untuk pelajar-pelajar yang berminat dan ingin mengenali Sukan Catur dengan lebih dekat lagi. Blog ini juga bertujuan untuk mengajar teknik-teknik ataupun apa-apa maklumat berkenaan catur yang boleh dikongsi bersama. Diharap dengan adanya blog ini, ianya dapat membantu pembangunan dan perkembangan Sukan Catur di peringkat MRSM Gemencheh khasnya dan lain-lain Sekolah.

Tuesday, June 15, 2010

Kenangan Bersama Pemain Catur Peringkat Negeri (MRSM GEMENCHEH)



 Gambar ini diambil pada tahun 2009. Saya selaku Arbiter (Jurulatih) dan juga guru pengiring kepada 4 orang pelajar saya (MRSM Gemencheh) berasa bangga  dengan kejayaan anak buah saya dimana 2 diantara mereka berjaya mara ke peringkat Kebangsaan.



Kejayaan ini telah mengharumkan nama MRSM yang telah berjaya pada peringkat Negeri. Komuniti setempat juga berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai. 

Harapan Pengetua adalah supaya akan ada lebih ramai para pelajar MRSM Gemencheh yang akan bertanding di dalam sukan catur ini.